There was an error in this gadget

Friday, 9 March 2012

Paham

bila ibu tanya "kau paham?"
aku menyahut tanyanya "ya saya paham ibu"
lalu aku terpikir sama ada aku paham atau sebaliknya
jesteru, kotak fikiran ini mula tertanya, apa yang ibu maksudkan
aku tidak ingat

ibu, maaf, anakmu ini liat telingganya
bagai masuk telinga kanan, keluarnya telinga kiri
ibu pulaslah telinga ini, ibu marah la telinga ini
agar aku mula bagun dari lamunan itu,
lamunan yg aku sendiri tidak tahu apa yg aku lamunkan

paham? tanya guru.
apa yg kau paham? atau kau saja buat buat paham?
jng begitu, kau harus tahu apa yg kau paham.
aku tidak paham apa yg cuba guru pahamkan.
aku minta maaf juga pada guru.
guru tarik lah telinga ini, marah la telinga ini
agar aku mendengar apa yg kau cuba pahamkan.

terima kasih selama ini, kerna apa yg kau buat pada telinga ini.
aku sudah mula mendengar, aku sedah mula paham.
aku mahu terima kasih, kau dengar? aku tahu kau dengar,
kau la bomoh telinga ku.

tp aku ada masalah dgn mata.

No comments:

Post a Comment